Page List

Thursday, 20 February 2025

Riba: Sungguh Dahsyat Hukuman Dari Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Tuan2 & puan2, berwaspadalah dgn pujukan (Temptation) & jerat riba.

Kita mengatakan Al-Quran adalah kitab kita dan arahan dari Nabi Muhammad SAW semasa Khutbah Teralhir Baginda jelas mengatakan riba itu adalah haram, jika kita berurusan dgn riba maka apakah nasib kita nanti di barzakh & akhirat nanti. Mari kita fikirkan.

Riba ini adalah satu larangan yg mutlak & jelas oleh Allah SWT merujuk kpd ayat di bawah ini.

Al-Quran: Ayat 275, Surah Al-Baqarah.

الَّذينَ يَأكُلونَ ٱلرِّبَوٰاْ لا يَقومونَ إِلّا كَما يَقومُ الَّذي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيطٰنُ مِنَ المَسِّ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُم قالوا إِنَّمَا البَيعُ مِثلُ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ فَمَن جاءَهُ مَوعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهىٰ فَلَهُ ما سَلَفَ وَأَمرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَن عادَ فَأُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ ۖ هُم فيها خٰلِدونَ

Maknanya:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

الَّذينَ يَأكُلونَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ

Maknaya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba

‘Makan’ dalam ayat ini maksudnya ambil riba kerana yang memberi hutang berlandaskan riba itu adalah untuk mereka makan sebenarnya, untuk menjaga perut mereka supaya kenyang sentiasa. Mereka sudah tidak kira kesusahan orang lain.

Mereka ambil keuntungan atas kelemahan dan kesusahan manusia dengan cara melanggar syarak. Mereka buat duit menggunakan duit. Mereka beri pinjam kepada manusia dan minta bayaran yang lebih daripada modal yang diberi. Mereka mendapat kekayaan dengan cara yang haram sedangkan banyak lagi cara halal yang lain.

Pada Zaman Jahiliyyah, jikalau orang yang meminjam tidak dapat membayar selepas waktu yang telah dijanjikan, hutang itu akan digandakan. Kalau tidak bayar juga selepas setahun, akan digandakan sekali lagi.

Makanya, hutang yang asalnya sedikit akan menjadi berganda-ganda. Hutang itu sampaikan boleh jadi turun temurun, kena dibayar oleh anak beranak yang meminjam jika mereka mati tidak sempat bayar semua hutang.

لا يَقومونَ إِلّا كَما يَقومُ الَّذي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيطٰنُ مِنَ المَسِّ

Maknanya: tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.

Ini adalah keadaan mereka yang mengambil riba. Keadaan mereka itu macam orang kena rasuk hantu. Memang tidak macam manusia biasa. Rambut kusut masai, jalan huyung hayang. Sudah tidak dapat dinasihatkan lagi kerana mereka tidak dengar nasihat.

Mereka ke sana dan ke sini sebab hendak kutip duit mereka daripada orang yang berhutang dengan mereka. Mereka menjadi bengis sebab hendak kutip hutang daripada orang yang berhutang.

Mereka sentiasa mengira-ngira duit mereka, risau siapa tidak bayar lagi, siapa akan bayar lambat lagi… ada yang sudah mati tidak dapat bayar, ada yang lari, ada yang degil tidak mahu bayar…. kepala mereka asyik pusing memikirkan duit mereka sahaja.

Ayat ini menjadi dalil bahawa memang jin ada merasuk manusia. Memang ia berlaku dan banyak terjadi dalam masyarakat kita. Malangnya ramai menggunakan cara yang salah untuk mengubati pesakit dengan amalan-amalan yang salah. Namun ia adalah perbincangan yang panjang untuk dibincangkan di sini.

Di dunia ini, kalau hendak lihat mereka yang berperangai macam dirasuk syaitan, boleh lihat mereka yang bekerja di Bursa Saham. Kalau tengok masa penutup (“closing time”) bursa, mereka sudah macam orang gila atau seperti monyet yang kepanasan.

ذٰلِكَ بِأَنَّهُم قالوا إِنَّمَا البَيعُ مِثلُ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ

Maknanya: Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”.

Mereka dikenakan dengan azab itu kerana mereka kata riba itu halal sama macam perniagaan biasa. Ini adalah hujah mereka untuk membenarkan apa yang mereka lakukan.

Ini adalah alasan mereka sahaja. Mereka kata mereka cuma menjalankan perniagaan sahaja kerana wang yang mereka beri pinjam itu, kalau mereka laburkan ke tempat lain, mereka akan dapat pulangan juga (kata mereka). Macam-macam lagi hujah bathil mereka untuk membenarkan amalan riba mereka itu. Teruk sekali fahaman mereka.

Padahal, tidak sama hutang riba dan perniagaan. Perniagaan adalah seorang pembeli memerlukan barang yang dibekalkan oleh penjual. Penjual membekalkan barang yang diperlukan dengan harga modal dicampur dengan untung usahanya menyediakan barang itu. Maka dua-dua pihak akan dapat keperluan masing-masing. Pembeli dapat barang yang diperlukan dan penjual dapat untung.

Mereka berhujah, wang mereka itu kalau mereka niagakan atau dilaburkan, pun akan mendapat duit juga. Jadi mereka kata tidaklah salah kalau mereka beri pinjam dan kemudian dapat pulangan. Ini pun tidak benar kerana kalau niaga, belum tentu dapat untung; dan kalau laburkan, belum tentu dapat pulangan. Sedangkan dalam beri pinjaman riba, pulangan sudah pasti.

Zaman sekarang, macam tidak boleh lagi untuk mengelak daripada terlibat dengan riba. Di mana-mana sahaja ada riba. Untuk beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Yang lebih malang, anak-anak kita masuk universiti pun kena buat pinjaman yang ada riba juga. Bila keluar universiti, kerja belum tentu dapat lagi, tetapi sudah mula kena bayar bunga riba.

Maka untuk menjaga daripada terlibat dengan riba ini memerlukan semangat juang yang amat tinggi. Kena sedar yang riba itu memang bahaya dan kalau sedar bahayanya riba, barulah semangat kuat untuk melawan daripada terlibat dengan riba.

وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ

Maknanya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Hujah membenarkan riba dengan akal itu adalah bathil kerana Allah ‎ﷻ dengan jelas telah mengharamkan riba. Ia menyusahkan manusia dan menyebabkan masalah ekonomi dunia. Yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin.

Bayangkan pembelian rumah. Rumah yang boleh dibeli asalnya, menjadi mahal sangat sampai tidak mampu diberi secara tunai. Rumah yang 20 tahun dahulu berharga 20 ribu, mungkin sekarang sudah berharga sejuta kerana telah dimasukkan dengan unsur riba.

Ini adalah kerana pembeli pertama akan pinjam wang daripada bank yang mengenakan riba. Kemudian apabila dia hendak jual, tentu dia akan jual lebih mahal kerana hendak masukkan kos riba yang dia telah bayar, termasuk dengan keuntungan. Yang beli pula kena pinjam bank pakai riba juga. Kemudian dia pun akan jual dengan harga yang lebih mahal lagi.

Maka rumah yang menjadi keperluan asas manusia menjadi terlalu mahal sangat sampai susah untuk dibeli. Akhirnya mana orang hendak duduk? Oleh kerana terpaksa juga ada rumah, maka ramailah yang hendak tak hendak, pakai juga sistem riba. Itulah keburukan riba sampai merosakkan ekonomi dunia.

Kajian telah banyak dijalankan untuk menunjukkan bagaimana konsep riba itu adalah buruk bukan sahaja kepada ekonomi negara malah dunia. Kalau dikaji kenapa ada orang yang hidup gelandangan, ekonomi negara runtuh sampai tidak ada pekerjaan dan matawang jadi susut sampai tiada nilai… ia adalah kerana riba.

Kitalah umat Islam yang kena sampaikan ajaran Allah ‎ﷻ tentang keburukan riba ini supaya manusia yang bukan Islam pun boleh tahu. Malah, ada pakar ekonomi yang masuk Islam kerana nampak keburukan riba dan melihat bagaimana agama Islam sahaja agama yang menentang riba.

فَمَن جاءَهُ مَوعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهىٰ فَلَهُ ما سَلَفَ

Maknanya: Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan dari Tuhannya lalu dia berhenti, maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya,

Boleh ambil modal/pokok yang telah diberikan dahulu. Ini kerana semasa ayat ini turun, ada sahabat yang mengamalkan riba. Tidaklah terus tinggalkan transaksi itu sampai dia kerugian pula. Allah ‎ﷻ tidak menyusahkan. Masih boleh ambil balik wang dia.

Namun hanya ambil yang pokok sahaja. Maksudnya, kalau dia beri pinjam seratus riyal dan peminjam kena bayar 150 riyal, dia boleh ambil balik seratus riyal itu sahaja. Bunga dia tidak boleh ambil.

Satu lagi maksud ayat ini, ‘baginya apa yang lepas’. Maksudnya yang sudah itu, sudahlah. Berhenti sahaja daripada berbuat riba, tetapi tidaklah perlu diganti balik kepada penghutang yang sudah banyak kamu makan harta mereka.

وَأَمرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ

Maknanya: dan perkaranya terserahlah kepada Allah.

Terpulanglah kepada Allah ‎ﷻ sama ada akan mengampunkannya atau tidak. Serahkan kepada Allah ‎ﷻ semoga Allah ‎ﷻ ampunkan. Asalkan kita mahu berubah dan bertaubat di atas kesalahan yang lama.

Sama juga macam perbuatan syirik sembah berhala yang kamu lakukan dahulu, minta ampun sahaja. Benda yang sudah dibuat jangan dikenang lagi kerana perkara yang dilakukan dahulu adalah kerana jahil. Sekarang Allah ‎ﷻ sudah beri ilmu, maka taat dan ikutlah ia.

وَمَن عادَ فَأُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ

Maknanya: Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka,

Ini adalah orang yang degil, liat untuk ikut syariat dan hukum daripada Allah ‎ﷻ. Kalau masih berdegil juga, syariat telah diberikan tetapi masih tidak mahu ikut juga, maka tempat yang layak baginya adalah neraka.

هُم فيها خٰلِدونَ

Maknanya: mereka kekal di dalamnya.

Bukan tinggal di neraka sekejap sahaja, tetapi selama-lamanya, tidak ada harapan untuk diampunkan. Ini adalah amaran yang amat berat sekali. Oleh kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat, maka hukumannya pun berat.

Malangnya, orang kita tidak berapa ambil kisah tentang riba kerana ia sudah diamalkan merata-rata. Ini sama seperti amalan bid’ah yang sudah turun temurun diamalkan dalam masyarakat. Kita rasa ia biasa sahaja kerana ia sudah lama diamalkan dan ramai pula yang terlibat, maka kita anggap ia perkara biasa sahaja.

Oleh yang demikian adalah wajib untuk kita menhghimdarkan segala urusan yg ada kaitan dgn riba. Hukuman Allah SWT itu amat dahsyat ... kekal di dalam neraka.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Iringi Jenazah Dengan Jambangan Bunga / Pangkat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Membawa jambangan bunga, mungkin diletak atau dihias di atas keranda, & mengarak anugerah pangkat kebesaran seperti Datuk dan Tans Sri semasa mengiringi jenazah ke kawasan perkuburan adalah BIDAAH yg DIHARAMAKAN. Prbuatan ini hanyalah meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yg mengandungi unsur2 pembaziran & kemegahan.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Wednesday, 19 February 2025

Riba: Pendirian Tegas Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Riba ini adalah haram dan sgt dilarang oleh Islam. Ini telah dimanifeskan / ditunjukkan dgn tegas oleh Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) iaitu seorang tuk Guru yg sgt dihormati, dengan mengarahkan kerajaan negeri Kelantan, semasa sebagai Menteri Besar, mengeluarkan kesemua wang negeri dari bank2 bersifat ribawi dan memasukkan kesemuanya ke dalan bank Islam. TGNA juga menunjukkan sikap yg tegas kpd pihak2 bank bersifat ribawi ini.

Sila tonton video beliau di bawah ini. Nota: Kredit kpd original content creator.


Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 14 February 2025

5 Dasar Hukum Islam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Segala aktiviti seperti perbuatan, percakapan, amalan ibadat seorang Islam harus mengambil kira hukum2 syariat. Hukum2 ini menjelaskan tuntutan atau perintah, larangan, dan pilihan untuk menjalankan sesuatu atau meninggalkannya.

Kesemua hukum2 ini adalah berdasarkan kpd Al-Quran, hadis, al-Ijma’ dan al-Qiyas yg telah memperluaskan ilmu fiqh Islam.

Penting untuk kita mengetahui hukum2 dalam Islam supaya tidak salah mengambil keputusan di dalam aktiviti2 seharian.

Berikut adalah penerangan ringkas beserta contoh2 bagi 5 hukum dasar yg perlu disedari.

  1. Wajib
    • Sesuatu yg diberi ganjaran pahala apabila dikerjakan dan berdosa meninggalkannya.
    • Contoh: Solat fardhu 5 waktu dan puasa di bulan Ramadhan (Bagi yg memenuhi syarat).
  2. Sunat
    • Sesuatu yg dilakukan akan mendapat ganjaran pahala, namun tidak akan berdosa jika ditinggalkan.
    • Contoh: Solat sunat, bersugi, berzikir, puasa sunat dan bersedekah.
  3. Makruh
    • Makruh secara bahasa bererti mubghadh iaitu yg dibenci. Maksudnya segala amalan yg mendapat pahala jika DITINGGALKAN dan tidak berdosa apabila mengerjakannya.
    • Contoh: Menggunakan air secara berlebihan seperti semasa mengambil wudhuk, berbicara perkara2 yg tidak benar atau tidak ada asas, berbicara semasa mengambil wudhuk, menyembelih haiwan di hadapan haiwan lain dan meniup makanan semasa panas.
  4. Haram
    • Haram adalah sesuatu yg dilarang Allah SWT dan rasulNya. Orang yg melanggar (Melakukan larangan tersebut) akan mendapat dosa, sementara orang yg meninggalkannya dijanjikan pahala.
    • Contoh: Beri / minta (Makan) rasuah, minum arak, berzina, makan bangkai, mencuri, lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya, menyambut krismas , menyambut valentine day dan berurusan dgn riba.
  5. Harus (Mubah)
    • Amalan yg tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak pula berdosa apabila meninggalkannya.
    • Contoh: Makan, minum, tidur, makan daging babi semasa darurat, pandu kenderaan, bersiar2, berjogging dan memakai pakain yg hebat / indah2.

Sebagai orang Islam, kita wajib memahami segala 5 hukum2 di atas semasa melakukan sagala amala serta tindakan seharian serta memberi perhatian kepada perkara2 yg boleh membatalkan amalan.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 13 February 2025

Azan Semasa Pengkebumian / Dalam Liang Lahad?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Memang berlaku di hadapan saya sendiri orang / waris mayat, contohnya anak melaungkan azan sebelum dikebumikan / dimasukkan ke dlm liang lahad. Perkara ini tidak selalunya dilakukan tetapi memang berlaku di dalam masyarakat.

Perkara malaungkan azan ini tidak disunatkan malah dianggap satu bidaah.

Sila baca petiakn dari Al-Kafi #-885: Hukum Mengalunkan Azan Ketiak Pengubumian Jenazah untuk keterangan lanjut.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Majlis Tahlil: Apa Pandangan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Memang menarik serta tepat juga pandangan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) ini tentang kesahihan amalan masyarakat malakukan majlis tahlil ini. Sila tonton video beliau di bawahini. Nota: Kredit kpd original content creator.

Saya quote apa yg TGNA kata ... "Apa yg kita buat kerana kematian ini memang tak ade dalam Islam, kita yg pandai2 bila berlaku kematian mula sibuk lah sembelih ayam, sembelih kambing".


Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 7 February 2025

Menyiram Air Di Atas Kubur?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Mungkin kita biasa melihat pusara / kubur disiram air oleh ahli keluarga sebaik sahaja habis bacaan talkin. Perkara ini juga kita dapat lihat apabila ada seseorang atau keluarga yg ziarah kubur akan menyiram air seolah2 menjadi satu perkara yg wajib. Kita juga mungkin tahu air yg disiram itu mungkin telah dibaca ayat Al-Quran, contoh surah Yaseen (Di panggil air Yaseen) atau sesetengahnya menggunakan air mawar dan ahli keluarga mungkin bergilir2 menyiram air itu ke atas kubur.

Adakah kita benar2 faham dan tahu apa tujuan dan hukum menyiram air di atas kubur / pusara itu?

Menurut Ustaz Azhar Idrus di dalam kuliahnya, hukum menyiram air di atas kubur itu adalah HARUS jika bertujuan seperti di bawah ini.
  1. Supaya tanah di kubur itu kelihatan kemas.
  2. Menghidupkan pokok2 dan bunga yg hidup di atas kubur tersebut.
    Menyuburkan pokok2 di atas kubur yg sentiasa bertasbih yg mana insyaAllah mayat mendapat rahmat.
  3. Supaya tanah tidak berdebu, tanah menjadi utuh, tidak diterbangkan oleh angin.

Jika bertujuan selain daripada yg tertera di atas, maka perkara ini menjadi khurafat. Contoh2 tujuan yg khurafat seperti di bawah.

  • Menyejukkan mayat.
  • Memberi minum kepada mayat.
  • Dan lain2.

Video kuliah ilmu oleh Ustaz Azhar Idrus.


Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Wednesday, 5 February 2025

Iringi Jenazah Dengan Bacaan Surah Al-Fatihah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Telah menjadi adat kebiasaan orang Melayu ketika mengangkat atau membawa jenazah, maka dibacakan surah al-Fatihah ke atas jenazah tersebut dengan beberapa kali bilangan, orang yg mengangkat jenazah mungkin akan berhenti bergerak antara bacaan, sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Hal ini telah menjadi persoalan bagi sesetengah pihak sama ada ia dibolehkan ataupun tidak.

Pada awalnya sy sendiri beranggap bacaan surah Al-Fatihah semasa mengusung jenazah mempunyai sandaran. Sandara mestilah dari Al-Quran atau / dan hadis sahih. Ini berdasarkan bacaan sy dari sumber2 tertentu seperti dari Pejabat Mufti Wilayah Persukutuan (PMWP) di dalam penyiaran Al-Kafi #1405 Hukum Membaca Al-Fatihah Ketika Mengangkat Jeb=nazah.

Sila baca sehingga habis petikan Al-Kafi #1405 dari PMWP tentang bacaan Al-Fatihah semasa mengiringi jenazah melaui pautan di atas.

Perkara ini telah di ulas oleh Hafiz Firdaus Bin Abdullah dengan terperinci dan panjang lebar yg telah membuka minda untuk lebih bijak membuat keputusan atau mengambil pendirian.

Maka tiada salahnya untuk kita TIDAK membaca surah Al-Fatihah semasa jenazah diusung atau diangkat ke van jenazah atau ke tanah perkuburuan disebabkan tiada sandaran atau hadis sahih yg bieh disandarkan.

Sila manfaatkan video di bawah.


Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 4 February 2025

Berlaku Kematian: Apa Perlu Dilakaukan Kepada Keluarga Si Mati?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mari mulakan dengan firman Allah SWT iaitu:

كُلُّ نَفۡس ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”
(Surah Ali ‘Imran: 185).

Apa yg boleh dipelajari ialah bagi setiap yg bernyawa itu pasti akan mengalami saat perpisahan dengan jasadnya. Walaupun badannya mati, namun jiwa (Roh) tidak akan mati dan berpindah ke satu alam yg baru iaitu alam barzakh.

Di dalam pencarian sy untuk mencari sunnah apakah yg perlu kita lakukan kepada keluarga si mati ... sy hanya menjumpai satu sunnah sahaja.

Sy langsung TIDAK menjumpai sunnah2 lain yg berkaiatan dgn tindakan masyarakat sekeliling yg perlu dilakaukan kpd keluarga si mati, kecuali petikan dari Sahih Bukhari di bawah ini.

Ini adalah petikan dari Sahih Bukhari iaitu ...

اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ
Maksudnya: “Buatkan untuk keluarga Ja‘far makanan yang mana sesungguhnya sesuatu (musibah kematian) telah menimpa mereka dan menyibukkan mereka.”
Sunan Abu Dawud, hadis #3132, status: Hasan. [1]

Imam al-Syafi’ie menyebutkan di dalam kitabnya al-Umm: “Aku suka sekiranya jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya memberi makan kepada ahli keluarga si mati, (iaitu makanan) yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana itu ialah sunnah dan ingatan yang mulia, dan ia adalah perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita. Hal ini kerana apabila tiba berita kematian Ja’far, Rasulullah SAW bersabda : “Buatlah kamu makanan kepada keluarga Ja’far kerana telah datang perkara yang menyedihkan mereka”.
Ringkasan Kitab Al-Umm. [2]

Maka jika nerlaku kematian di kejiranan kita atau sesiapa yg kita kenal, sunnahnya adalah kita memberi makan kpd keluarga si mati kerana keluarga simati sudah tnetu sibuk menguruskan jenazah, mungkin memerlukan perbelanjaan menguruskan jenazah atau pun sangat memerlukan batuan dari masyarakat sekeliling kerana tiada sudah tempat bergantung.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1[ Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 3, Book of Funerals, ms. 574, Hadis #3132 (Hasan). Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Ringkasan Kitab Al Umm, Jilid 1, Bab: Ucapan Ketika Menguburkan Mayat, ms. 387. Pustaka Azzam.