Page List

Monday, 23 December 2024

Antara Angan-Angan dan Ajal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dalam kehidupan ini sudah tentu kita mempunyai angan2 dan cita2 atau impian2 yg tinggi. Kita mungkin inginkan masa depan yg cerah, kebahagiaan yg kekal serta kejayaan dalam segala aspek kehidupan. Namun, di sebalik segala impian dan harapan tersebut, ada satu kenyataan yang pasti iaitu kematian. Hadis yg diriwayatkan oleh Anas RA memberikan peringatan yg sangat mendalam tentang hakikat kehidupan dan kematian. Rasulullah SAW menggambarkan kehidupan manusia seperti garis2 yg digambarkan dengan jelas:

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَطَّ النَّبي صلى الله عليه وسلم خُطُوطاً فقال : هذا الأَمَلُ وهذا أَجَلُهُ فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ جَاءَهُ الْخَطُّ الْأَقْـرَبُ

Maknanya: "Nabi SAW membuat beberapa garisan, lalu baginda bersabda, ini angan-angan (manusia), dan ini adalah ajalnya. Ketika ia dalam keadaan demikian (mengejar angan-angan), tiba-tiba datanglah kepadanya garis yang paling dekat (ajalnya).
Sahih Bukhari: Hadis no. 6418. [1]

Pengajaran:

  • Rasulullah menggambarkan hakikat kehidupan manusia melalui sebuah lukisan dengan garis-garis, di mana garis panjang mewakili angan-angan, dan garis pendek mewakili ajal (kematian).
  • Angan2 yang terlalu panjang boleh melalaikan manusia daripada tanggungjawab mereka kepada Allah SWT. Oleh itu, seorang Muslim perlu memastikan bahawa harapan dan usaha mereka seiring dengan ketakwaan kepada Allah.
  • Kita perlu sedar bahawa kematian adalah kepastian yang boleh berlaku pada bila-bila masa malah mungkin lebih dekat. Oleh itu, perlu sentiasa bersiap sedia dengan amal soleh dan tidak menunda-nunda kebaikan.
  • Dunia hanyalah perjalanan sementara, dan kita perlu menjadikannya sebagai ladang yang perlu diusahakan dengan tanaman berkualiti untuk menuai hasil di akhirat kelak.
  • Dalam mengejar kehidupan dunia, penting untuk menumpukan kepada amalan-amalan yang memberi manfaat di akhirat. Angan-angan yang membawa kepada amal soleh dan persediaan akhirat adalah bentuk angan-angan yang terpuji.

Ajal adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah. Oleh itu, manusia perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dan tidak leka dengan kehidupan dunia.

Semoga segala usaha kita utk mempertahankan agama Islam dipermudahkan Allah SWT dan kita semua di dalam redha & rahmat Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 8, The Book of Ar-Riqaq, Hadis #6418, ms. 236. Darussalam Publishers and Distributors.