Page List

Thursday, 24 October 2024

Hina Kalimah Allah: Teruskan Boikot

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mungkin ada antara kita yg telah luntur semangat untuk membantah / tidak menyokong apa2 tindakan oleh pihak tertentu yg mahu menjatuhkan Islam, menghina Islam atau memperlekehkan agama suci Islam.

Mungkin kita berpendapat bahawa sebarang tindakan yg diambil oleh orang Islam tidak memberi sebarang kesan kpd mereka. Percayalah tidak berlaku sebarang kesan kpd mereka2 yg mehina Islam itu adalah disebabkan oleh orang Islam itu sendiri. Orang Islam tidak bersatu dan tidak mengambil serius tentang orang2 yg memhina agama suci Islam itu sendiri.

Sebagai contohnya KK Mart yg menghina Islam dgn menjual stokin yg tertera kalimah Allah terus dikunjungi oleh orang Islam itu sendiri. Oleh itu tidak akan memberi senarang tekanan dan kesan kpd syarikat KK Mart itu.

Marilah kita bersatu untuk mempertahankan agama kita Islam dari sebarang tindakan atau provokasi dari orang2 yg terus menerus mahu melihat agama Islam itu dihina, dipijak atau diperlekehkan.

Semoga segala usaha kita utk mempertahankan agama Islam dipermudahkan Allah SWT dan kita semua di dalam redha & rahmat Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 22 October 2024

Solat: Bacaan Semasa I'tidal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

I’tidal merupakan perbuatan berdiri di antara ruku’ dan sujud.


Semasa i'tidal, ketika menjadi imam, makmmum atau solat bersendirian, kita kebiasaannya akan membaca "سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ" dan diteruskan dgn bacaan "رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ". Ini berdasarkan kpd hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَالَ :‏ ‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏‏‏.‏ قَالَ :‏ ‏اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ‏‏‏

Maksudnya: Nabi SAW apabila menyebut “Allah SWT Maha Mendengar sesiapa yang memuji-Nya”, Baginda akan menyebut “Wahai Tuhan, bagi-Mu lah segala pujian”.
Sahih al-Bukhari, hadis no. 795 [1].

InyaAllah bacaan i'tidal seperti di atas boleh dipanjangkan lagi dgn bacaan "حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ" seperti hadis sahih di bawah.

Hadis sahih daripada Nabi SAW mengenai zikir yang dibaca ketika i’tidal yg diriwayatkan oleh Rifa’a bin Rafi’ Az-Zuraqi RA.

كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ “، قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ: رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ، قَالَ: مَنِ المُتَكَلِّمُ، قَالَ: أَنَا، قَالَ: رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ

Maksudnya: Kami pernah solat bersama Rasulullah SAW, saat bangun dari ruku’ ia membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ. Tiba-tiba ada seorang sahabat yang membaca, رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ (Wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan barakah). Selepas selesai solat, Rasulullah SAW bertanya, ‘Siapa yang mengucapkan kalimah itu?’ Sahabat itu berkata, ‘Saya’. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, ‘Aku melihat lebih tiga puluh malaikat berebut untuk menjadi yang pertama kali mencatatnya (pahalanya),’”
Sahih Al-Bukhari, hadis no. 799 [2].

Jadi berdasarkan kedua2 hadis sahih di atas, marilah kita memanjangkan bacaan semasa i'tidal seperti berikut.

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا "مُبَارَكًا فِيهِ

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd kita semua dan kita sentiasa di dalam redha & rahmat Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis #795, Thee Book of Adhan, ms. 441. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis #799, Thee Book of Adhan, ms. 442. Darussalam Publishers and Distributors.

Wednesday, 2 October 2024

Masjid Jamek Cina Muslim Klang, Selangor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah sempat singgah di masjid ni.
Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Masjid Jamek Cina Muslim Klang