- Orang yg rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
- Orang yg berilmu, kagum dengan ilmunya.
- Orang yg cantik, kagum dengan kecantikannya.
- Orang yg dermawan, kagum dengan kebaikannya.
- Orang yg berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Monday, 19 August 2024
Ujub Tanpa Disedari
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ujub adalah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat, bangga diri atau terpesona dengan kehebatan diri.
Ujub ini berbeza dgn riak. Ujub lain dan riak itu lain.
Riak ialah perkara yang ditunjuk pada orang lain, ujub pula ialah merasa bangga dgn diri sendiri dalam diam.
Kadangkala riak dapat dielak tetapi ujub masih ada.
Contoh:
Kita solat tahajjud sendirian, tiada siapa tahu, dan kita tak cerita pada orang, dgn harapan tiada riak, sebab kerana Allah. Tetapi ujub bila di dalam hati berkata, "hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajud, org lain tidurrr je..."
Penyakit ujub ni antara penyakit hati yang paling halus.
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Thursday, 1 August 2024
Zionis Bunuh Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh Di Iran
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Zionis bunuh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Iran. (Berita Harian, 1 Ogos 2024)
Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ).
Semoga Allah membalas beliau dgn segala kebaikan dan menempatkan rohnya bersama dgn syuhada2.
Semoga kita semua sentiasa diredhai Allah SWT & sentiasa di dalam lindungaNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)