Page List
Monday, 29 July 2024
Kesan Wuduk Bila Di Akhirat Nanti
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Apakah Kesan Wuduk Bila Di Akhiraat Nanti?
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الوُضُوءِ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
Maksudnya: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang BERSERI2 disebabkan daripada kesan2 wudhuk. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya maka lakukanlah ia.”
Sahih al-Bukhari No. 136 [1] & Sahih Muslim No. 246 [2]
Apakah Kepentingan Kesan Wuduk Itu?
Abu Hurairah RA menanyakan kpd Nabi SAW “Bagaimana engkau mengetahui orang yang belum ada saat ini, wahai Rasulullah?”
Baginda kemudian menjawab: “Tidakkah engkau melihat, jika seseorang memiliki kuda bertanda putih pada muka dan kaki-kakinya berada di antara kuda-kuda hitam pekat, bukankah ia boleh mengenali kudanya?” Mereka kemudian mengiyakan. Lalu Baginda menyambung lagi: “Mereka akan datang dengan wajah putih bersinar dan kaki serta tangan yang bercahaya pada bahagian air wuduk. Aku akan menunggu mereka di telaga”.
Sahih Muslim No. 249 [3]
Jelaslah sekarang bahawa kepentingan kesan wuduk adalah sgt penting untuk Nabi SAW mengenali kita semasa di Akhirat nanti untuk syafaat serta minum di telaga Kautsar.
Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Marilah kita bersama2 berwuduk dengan betul & solat berjemaah di masjid / surau.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Wudu', Hadis #136, ms. 136. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, ms. 374, Hadis #246. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, ms. 377, Hadis #249. Darussalam Publishers and Distributors.
Monday, 22 July 2024
Solat Sunat Mutlak
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Apa Itu Solat Sunat Mutlak?
Solat sunat mutlak adalah solat sunat semata2 untuk mengharapkan keredaan Allah SWT.
Solat sunat ini harus dikerjakan bila2 masa selain daripada waktu2 yg dilarang mengerjakan solat.
Bagaimana Cara Mengerjakan?
Cara mengerjakan solat sunat ini adalah sama dgn cara mengerjakan solat sunat yg lain.
- Setiap kali dilakukan sebanyak 2 rakaat dan satu salam.
- Bilangan jumlah rakaat adalah tidak terhad.
- Niat: "Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala"
- Tiada surah tetentu yg sunat untuk dibaca selepas bacaan Al-Fatihah. Bacalah surah apapun.
- Segala rukun2 solat wajib dipatuhi.
Subscribe to:
Posts (Atom)