Page List

Wednesday, 25 October 2023

LGBT - Penerangan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Berikut adalah satu video ilmu yg ringkas & bagus dari UAI tentang LGBT yang haram dan dilaknat Allah SWT. Semoga bermnfaat.



والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 19 October 2023

Sokong Palestin

Liverpool Palestin

Doa Untuk Perjuangan Palestin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SesungguhNya doa adalah senjata orang mukmin.

Marilah kita bersama2 berdoa untuk perlindungan dari Allah SWT untuk saudara2 & pejuang2 Islam kita di Palestine untuk kesabaran, kekuatan dan kemenanagn.

‘Ya Allah, selamatkan dan lindungilah saudara seislam kami di Palestine’

“Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di Palestine daripada kekejaman rejim Israel.”

“Sungguh hati ini sedih dan geram melihat kezaliman Israel yang menyerang penduduk Palestin dan menggempur kesucian umat Islam beribadah dgn aman.

“Serangan demi serangan dilakukan Israel sehingga mengorbankan ramai penduduk Palestin tidak berdosa termasuk kanak2.

“Kami menyeru kepada seluruh umat Islam untuk memanjatkan doa dan pengharapan kepada Allah demi kesejahteraan saudara kita di sana sebagai solidariti mempertahankan bumi Palestin.”

Aaminn.

Masjid India, KL

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Majid India kat KL ni dibina pada tahun 1863 dan memang banyak kenangan sy kat sini. Memang byk spent masa kat sini pada pertengahan tahun 1980an especially weekend sebagai 'markaz' bersama2 'karkun' sebelum keluar bersama2. Sampai skrg pun kalau turun KL akan singgah di masjid ni untuk solat insyaAllah.
Masjid India Kuala Lumpur
Masjid India Kuala Lumpur

Membantu Keperluan Mujahid Mendapat Ganjaran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Membantu Keperluan Mujahid Mendapat Ganjaran.

عن زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه: مَنْ جَهَّز غَازِياً فِي سَبِيلِ الله فَقَد غَزَا، وَمَنْ خَلَّف غَازِياً في أهلِه بخَير فقَد غزَا

Daripada Zaid bin Khālid Al-Juhani RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mempersiapkan keperluan orang yang berperang pada jalan Allah, maka dia dianggap telah ikut berperang. Dan barangsiapa yang menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik maka dia dianggap telah ikut berperang." (HR Bukhari No: 2843) Status Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Orang yang membantu mempersiapkan keperluan bagi orang yang berjihad di jalan Allah seperti menyediakan kenderaan, senjata serta barang keperluannya maka ia akan mendapat pahala seperti orang yang berjihad. Imam Nawawi Rahimahullah menyatakan, orang tersebut mendapat pahala dengan sebab perang.

2. Orang yang membantu menjaga kebajikan ahli keluarga para mujahid seperti memenuhi keperluan mereka, membantu hal ehwal urusan keluarga mereka, juga akan mendapat pahala seolah-olah mereka turut pergi berperang.

3. Gaza telah dikepung dari darat, laut dan udara sejak 16 tahun yang lalu dan ia merupakan penjara terbuka yang terbesar di dunia malah sentiasa diserang tentera rejim apartheid Israel. Usahakan apa sahaja bantuan yang kita mampu termasuk peperangan media, bersolidariti dengan rakyat Palestin seperti demo, surat bantahan, bantuan kewangan dan sebagainya. Moga ia menjadi sebahagian daripada jihad kita.

4. Orang yang menolong orang lain dalam ketaatan kepada Allah, maka baginya pahala seperti pahala orang tersebut. Jika memberi bantuan kepada penuntut ilmu dalam membelikan buku-buku untuknya, membayar yuran pengajiannya, membiayai keperluannya, maka baginya pahala seperti pahala penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi sedikit pun pahala penuntut ilmu tersebut.

5. Marilah kita membantu saudara Muslim kita di Gaza dengan segala kemampuan yang kita ada.

Marilah kita seminimanya berdoa untuk perlindungan dari Allah SWT untuk saudara2 & pejuang2 Islam kita di Palestine untuk kesabaran, kekuatan dan kemenanagn. Aaminn.

Sila baca seterusnya tentang kepentingan Palestine kepada umat Islam di sini.

والله أعلمُ بالـصـواب

Nota:
Perkongsian dari Ust Ajmain, 19 Okt. 2023.

Wednesday, 11 October 2023

Palestin: Pengtingnya Kepada Umat Islam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Al-Aqsa yg terletak di Palestin adalah tempat yg sangat saya ingin lawati. Malangnya umat Islam terpaksa mengharungi sekatan yg letat oleh yahudi laknatullah. Semoga Al-Aqsa akan dibebaskan secepat mungkin. InsyaAllah.

Mengapa kita memberikan perhatian kepada Palestin & selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis? Mengapa Palestin begitu rapat dgn hati kita?

Byk sebab mengapa Palestin itu sgt rapat dgn kita & mengapa kita wajib mempertahankannya. Di bawah ini adalah sebahagian sebab2 yg kita kena ambil peduli.

TEMPAT TINGGAL NABI-NABI


Sesungguhnya Palestin adalah tempat tinggal para Nabi.

  • Nabi Ibrahim عليه السلام hijrah ke Palestin.
  • Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin.
  • Nabi Daud عليه السلام tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya.
  • Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari Palestin. Kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).
  • Di Palestin juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

BANYAK MUKJIZAT


Banyak mukjizat yang terjadi di Palestin, diantaranya.

  • kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.
  • Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.
  • Termasuk tanda-tanda akhir zaman di Palestin, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestin serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM


  • Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke Palestin (Baitul Maqdis), dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan ketika baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).

ISRAK & MIKRAJ


  • Demikian juga ketika Rasulullah SAW melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

MASJID KEDUA DITENTUKAN ALLAH DI MUKA BUMI


  • Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

PEMBUKAAN & PEMBEBASAN OELH ISLAM


  • Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (Pembukaan) negeri kecuali Palestin, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.
  • Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj.

TAMBAHAN PENERANGAN TENTANG PALESTIN


  • Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?

    - Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.
    - Oleh kerana itu, tanah Palestin & Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.

  • Adakah pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?

    - Ya, Allah SWT mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.” (At-Tin: 1-3).
    - Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."
    - Allah SWT berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)

Tuan / puan, semoga dgn informasi ini dapat meningkatkan lagi kefahaman kita tentang Palestin yg terkadung di dalamnya kepentingan umat Islam. Jika kita bersolat di dalamnya (Al-Aqsa) dilipatgandakan ganjaran menjadi 500 kali ganda. Marilah kita bersama terus berdoa untuk kesejahteraan, keselamatan & kejayaan anak2 Palestin memperjuangkan kebebasan bumi Palestin dan Al-Aqsa. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Nota:

  • Kredit kepada original writer.
  • Pihak saya telah edit untuk mengstruktur semula bagi pemudaham pemahaman.