Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Solat adalah ibadah wajib yg sangat penting untuk kita mencapai kejayaan di dunia dan di alhirat nanti. Oleh itu marilah kita bersama2 memeelihara solat kita dengan sentiasa memastikan segala kehendak / requirements solat itu dilaksanakan dgn betul.
Nabi SAW bersabda dalam hadis sahih Riwayat al-Tirmizi: "Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada Hari Akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya baik maka dia akan berjaya dan menang, jika solatnya rosak maka dia akan rugi serta menyesal."
Makna rukun adalah KEHENDAK / REQUIREMENTS ASAS yg dilaksanakan supaya sesuatu ibadah itu menjadi SAH. Jadi kalau tak dilakukan / tertinggal salah satu atau lebih rukun2 (Perbuatan dan bacaan) maka sudah tentu ibadah akan menjadi tidak sah kecuali terdapat pengecualian (Dari segi perbuatan dan tidak dari segi bacaan) yg dibenarkan syarie.
Qauli pula adalah perkataan atau bacaan yg wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya. Seeloknya bacaan itu hanya didengari oleh telinga sendiri dan tidak sampai terdengar oleh orang ketiga di kiri atau kanan kita semasa solat berjemaah. Hukumnya adalah makruh jika orang ketiga itu boleh mendengar bacaan kita.
Pengertian rukun solat & rukun qauli.
Solat ada 13 rukun speperti diterangkan di bawah. Pada sesetengah rukun solat itu ada kaitan dengan rukun qauli.
No. | Rukun Solat | Rukun Qauli |
---|---|---|
Berdiri tegak sekiranya mampu untuk solat fardhu. | - | |
Niat. | - | |
Takbiratul ihram. | Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan Allahu Akbar didengari telinga. | |
Membaca Surah Al-Fatihah pada setiap rakaat. | Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan Surah Al-Fatihah itu didengari. | |
Rukuk dengan tamakninah. Tamakninah adalah berhenti seketika dalam solat sekadar tempoh menyebut Subhanallah. |
- | |
Iktidal dengan tamakninah. | - | |
Sujud 2 kali pada setiap rakaat dengan tamakninah. | - | |
Duduk antara 2 sujud dengan tamakninah. | - | |
Duduk tasyahud akhir dengan tamakninah. | - | |
Membaca tasyahud akhir. | Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan tasyahud akhir didengari telinga. | |
Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir. | Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan selawat didengari telinga. | |
Membaca salam yang pertama. | Rukun qauli di sini. Pastikan bacaan salam didengari telinga. | |
Tertib (Mengikut turutan). | - |
Diharap perkongsian ini bermanfaat. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua. Aaminn.
Rujukan:
1. Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Panduan Ringkas Sifat Solat Nabi SAW.
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2022. 13 Rukun Solat.
3. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.
والله أعلمُ بالـصـواب