Page List

Sunday, 30 October 2022

Mengatasi Kepayahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

Nabi Ayyub (as) telah diberkati dengan kesihatan yang baik, keluarga yang besar dan kekayaan yang melimpah. Tetapi dia tiba-tiba kehilangan kesemuanya sebagai ujian dari Allah. Dia dijangkiti penyakit menjijikkan yang menyebabkan semua orang meninggalkannya kecuali isterinya.

Tempoh kesusahan ini berlangsung lama. Namun begitu, Ayyub (as) tetap bersabar, terus bersyukur kepada Allah dan istiqamah dalam ibadatnya.

Allah memujinya atas kesabaran dan disebut dalam Al-Quran surah Al-Anbiya' Ayat 83 - 84.
Terjemahannya:

“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Rabbnya: ‘(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha-penyayang di antara semua penyayang.” {21:83} Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat-gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang beribadah kepada Allah. {21:84}”

Setelah merenung kisahnya, kita boleh mempelajari 3 perkara yang boleh membantu kita untuk mengatasi sebarang kesusahan.

No. 1: Ikhlas dalam Ibadah
Apabila sakit, misalnya. penyakit kronik, atau apa-apa bentuk kesusahan yang lain memanjang, kita mula menjadi kecewa. Pada permulaan ujian kita mungkin telah mengadap Allah. Namun, apabila ia berlaku untuk beberapa ketika, hubungan kita dengan Allah mungkin mula merosot. Kita mungkin mula meragui tentang Allah dan hilang minat untuk beribadat, berfikiran negatif dan mula bertanya ‘Mengapa saya?’ dan “Mengapa Allah melakukan ini kepada saya?’. Dan ini akhirnya boleh membawa kita jauh dari jalan yang lurus. Jadi, jika kita melalui masa yang sukar dan ia telah lama berlalu, jangan hilangkan keikhlasan kita dan teruskan beribadah kepada Allah dan bertawakkal kepada-Nya. Dia mempunyai rancangan terbaik untuk kita!

No. 2: Amalkan Ketabahan
Perkara yang paling menakjubkan tentang Nabi Ayyub (AS) adalah ketabahannya. Ketekunan untuk terus bergerak dan kekal gigih berusaha walaupun menghadapi kesukaran dan kelewatan dalam mencapai keputusan yang kita inginkan. Nabi Ayyub (AS) gigih dalam mengingati Allah dan menyatakan rasa syukurnya kepada-Nya.

No. 3: Jangan berputus asa kepada Allah
Satu lagi perkara yang mungkin kita hadapi semasa melalui kesusahan dan terutamanya yang berpanjangan, adalah kehilangan harapan kepada Allah. Syaitanlah yang membuat kita berputus asa dari rahmat Allah. Ketahuilah bahawa Allah menguji kita hanya kerana Dia menyayangi kita dan kehidupan yang sebenarnya ialah kehidupan akhirat. Teruskan berdoa kepada Allah dan yakin akan kabulnya.

والله أعلمُ بالـصـواب

Saturday, 29 October 2022

Fardhu Haji

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Surah Ali-Imran ayat 97.
Terjemahan:

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadah haji dengan mengunjungi rumah Allah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada sekalian alam.

Berniatlah dan bersungguh-sungguh lah berusaha untuk perg menunaikan haji iaitu rukun Islam ke lima. Semoga Allah permudahkan segala urusan.




والله أعلمُ بالـصـواب

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berikut adalah khutbah terakhir Rasullulah saw. Bacalah dan fahami maksud dan kehendak point2 penting khutbah ini serta laksanakan arahanya. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Nota: Khutbah terakhir ini berlaku pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Arafah.